Selasa, 13 April 2010

Pertandingan Sudut Di Tangga bagi Kelab & Persatuan 2010




Pada 12 April 2010, Unit kokurikulum bersama PSS telah menganjurkan satu pertandingan Sudut di Tangga peringkat Sekolah bagi memanfaatkan pelajar dengan sumber maklumat kelab atau persatuan masing-masing. Sebanyak 23 kelab & persatuan telah mengambil bahagian. Pertandingan ini melibatkan 3 Fasa bermula 12 April 2010, diikuti 20 April 2010 dan berakhir 28 April 2010.

Unit Kokurikulum mengucapkan syabas dan tahniah pada semua yang terlibat dalam menjayakan Sudut Di Tangga.

Isnin, 12 April 2010

Pertandingan Kawad Kor Kadet Polis Daerah P.Mas




Kor Kadet Polis Wanita SMK Perempuan mendapat Naib Johan dalam
PPD Pasir Mas




Kor Kadet Polis Lelaki SMK Perempuan mendapat Tempat Ketiga dalam PPD Pasir Mas

Jumaat, 1 Mei 2009

Kejohanan Merentas Desa

PK Kokurikulum melepaskan para pelajar





Pelajar SMKP melakukan senam robik di bawah bimbingan pelajar-pelajar hoki








Perkhemahan Kadet Bomba

Tarikh: 28 April 2009 hingga 1 Mei 2009

Perkhemahan telah diadakan di Dataran Kijang, Alor Pasir, Pasir Mas, Kelantan . Pasukan sekolah telah meraih tiga hadiah iaitu Pertandingan Hos Basah bagi kategori Lelaki & Perempuan serta Hos Kering bagi pasukan lelaki. Syabas & tahniah untuk semua Guru Penasihat Kadet Bomba khususnya En. Sahidi Manaff, En. Md. Arif Che Lah, Pn. Rosemaini Yusoff, Pn. Ramlah Hussain dan guru GSTT, Cik Norsyuhada Khaidzir.

Pesta Kokurikulum 2009

Penyelaras Kelab Persatuan. Pn. Normadiah Che Mahmood telah melaksanakan Pesta Kokurikulum 2009 yang meliputi 4 unit utama iaitu Badan Beruniform, Kelab Persatuan, Kebudayaan & Koakademik

Kempen Derma Darah
















HUSM dengan kerjasama Unit Kokurikulum sekolah telah menganjurkan Kempen Derma Darah pada 19 Februari 2009